Khamis, 6 April 2017

DIET UNTUK ANAK AUTISME


Hasil carian imej untuk GAMBAR ANAK-ANAK AUTISME
Menurut Wikipedia, autisme merupakan kecacatan perkembangan yang melibatkan fungsi otak. Meskipun begitu, rupa paras anak yang menghidap autisme kelihatan sempurna sama seperti kanak-kanak yang lain. Soal pemakanan untuk kanak-kanak autism perlu diberikan perhatian yang sama seperti perkembangan sosial mereka. Oleh yang demikian, ibu bapa sebaiknya mengambil tahu dan mengenali jenis makanan yang diperlukan untuk anak autisme.

Hasil carian imej untuk GAMBAR ANAK-ANAK AUTISME

Karbohidrat Tanpa Gluten 
Ibu bapa disyorkan memberikan anak autisme makanan daripada sumber karbohidrat tetapi tidak megandungi gluten seperti kentang, beras dan ubi-ubian. Gluten adalah sejenis protein yang terdapat pada gandum dan tepung. Gluten mengandung komponen protein yang disebut sebagai peptida. Dengan gluten, ia akan membuatkan otak menjadi lebih agresif. Makanan tinggi gluten seperti bijirin, mi, roti dan kuih-muih patut anda hindarkan.

Diet Feingold & Diet Failsafe 
Diet Feingold ini pada awalnya diperkenalkan oleh Ben Feingold yang dibuat khusus untuk anak-anak hiperaktif. Namun ia menunjukkan adanya keserasian terhadap anak-anak Autisme. Diet Feingold dan Diet Failsafe ini melarang sama sekali pengambilan makanan yang mengandungi pewarna,  perisa, bahan pengawet, serta beberapa jenis pemanis buatan yang banyak terdapat di dalam pembuatan roti, kek, mi serta manisan lain. Anak-anak autisme menunjukkan perkembangan positif terhadap diet ini.

Elak Asid Salicyclic
Diet tanpa sejenis asid yang dinamakan Asid Salicylic juga dikatakan mampu membantu anak-anak Autisme kekal sihat. Asid ini terdapat dalam beberapa jenis buah seperti anggur, plum, buah ceri, tomato dan timun. Diet ini memberikan impak yang cukup baik kepada anak autisme.

Suplemen dan Vitamin
Ibu bapa digalakkan memberikan anak-anak autisme ini suplemen dan vitamin bagi menambah tenaga mereka. Makanan tambahan daripada sumber omega 3, protein dan juga serat digalakkan untuk diambil setiap hari. Sumber makanan yang disarankan adalah seperti ikan salmon, minyak ikan kod serta ikan sardin.

Elakkan Jenis Makanan Ini
  • ·         Gula daripada jenis sukrosa, fruktosa atau gula olahan lain
  • ·         Sayur-sayuran yang mengandungi asid salyclclic
  • ·         Semua jenis biji-bijian seperti gandum, jagung, oat serta beras
  • ·         Kekacang seperti kacang soya dan kacang hijau
  • ·         Rumput laut dan agar-agar
  • ·         Daging yang diproses
  • ·         Susu dan produk tenusu
  • ·         Roti, pasta, mi


Selasa, 4 April 2017

RUTIN DIET PELIK SELEBRITI TERKENAL

Hasil carian imej untuk gambar pelik diet selebriti terkenal
Semua wanita mengimpikan badan yang cantik dan sihat seperti selebriti terkenal. Selain daripada bersenam, anda mungkin boleh mencuba rutin diet yang diamalkan oleh selebriti terkenal.

 
Victoria Beckham- Sajian hanya sebesar tapak tangan
Isteri kepada pemain bola sepak terkenal, David Beckham ini hanya akan mengambil lima hidangan sehari dan setiap hidangan yang diambil saiznya hanyalah sebesar tapak tangan seperti salmon, tuna dan telur. Victoria juga tidak pernah mengambil makanan atau minuman manis.
 
Beyonce- Detoks
Ketika Beyonce dipilih untuk membintangi watak Dreamgirls, dia terpaksa untuk menurunkan berat badannya dan untuk itu dia hanya mengamalkan minuman detoks yang mengandungi jus lemon, sirap maple dan lada cayyene. Dan sehingga kini Beyonce mengamalkan minuman itu.
 
Olivia Munn- Kentang Jepun

Walaupun ramai yang berpendapat kentang itu menggemukkan namun Olivia setiap memakan kentang yang dimasukkan ke dalam oven bersama minyak zaitun dan kulit kayu manis sebagai rutin dietnya

Miranda Kerr- Minyak kelapa
Tiada alasan lagi untuk anda tidak mencuba rutin diet yang diamalkan oleh supermodel terkenal ini. Miranda Kerr mengamalkan sesudu minyak kelapa setiap kali dia makan, Minyak kelapa dikatakan baik untuk mempercepatkan proses penghadaman.

Renee Zellweger- Kiub ais

Kunyah kiub ais bila terasa lapar adalah rutin diet yang diamalkan oleh pelakon yang membintangi filem Bidget Jones Diary. Walaupun rutin ini tidak mengandungi khasiat namun dia berasakan dengan mengunyah kiuba ais dia seperti sedang makan sesuatu. Jadi dia tidak berasa lapar.

KHASIAT EPAL HIJAU UNTUK KESIHATAN, DIET DAN KECANTIKAN

 Hasil carian imej untuk gambar buah epal hijauSeperti satu pepatah Inggeris yang biasa kita dengar, “An apple a day keeps the doctor away,” buah epal memang mengandungi khasiat yang banyak kepada kulit, rambut dan kesihatan umum kita.
Buah epal hijau mengandunggi banyak nutrisi asas dan vitamin yang diperlukan oleh badan seharian.
Apabila menceritakan hal epal, ia datang dalam jenis yang banyak. Epal merah adalah epal yang paling biasa didapati, manakala epal hijau pula mempunyai rasa masam manis.
Buah epal hijau sudah dikenali sebagai salah satu buah yang sihat untuk diamalkan setiap hari. Ia mengandungi banyak protein, vitamin, mineral dan serat untuk badan.
Semua ini boleh melegakan masalah penghadaman dan sangat efektif dalam mengurangkan kadar kolestrol dalam darah, menstabilkan gula dalam darah & meningkatkan selera makan.
Untuk ketahui semua khasiat buah epal, sila baca artikel ini sampai habis:
Khasiat Buah Epal Hijau Pada Kesihatan
Hasil carian imej untuk gambar buah epal hijau
Buah epal boleh memberikan kesan yang positif kepada sistem badan. Antara kebaikannya adalah:
1. Tinggi Kadar Serat
Ia mengandungi kadar serat yang banyak, yang mana membantu mencuci sistem dan meningkatkan metabolisma badan.
Ini memudahkan pergerakan bowel. Kita sering disarankan untuk makan buah epal dengan kulitnya (tanpa kupas). Dengan sistem usus yang baik, boleh menjamin kesihatan berpanjangan.
2. Kandungan Mineral
Antara bahan mineral yang terdapat di dalam buah epal hijau adalah – zat besi, zink, manganese, potassium, dan sebagainya.
Semua ini adalah garam mineral yang membantu badan untuk berfungsi dengan lebih baik. Zat besi di dalam buah ini boleh membantu meningkatkan kadar peredaran oksigen di dalam darah dan membantu meningkatkan kadar metabolik badan secara keseluruhan.
3. Rendah Lemak
Bagi orang yang ingin mengurangkan berat badan, anda boleh masukkan epal hijau dalam makanan diet anda.
Selain buah ini mengandungi kandungan lemak yang rendah, ia juga berperanan untuk mengumpul lemak yang terdapat dalam saluran darah dan membantu mengekalkan peredaran darah yang sihat – mengurangkan risiko strok (angin ahmar).
4. Elak Kanser Kulit
Buah epal hijau mengandungi Vitamin C yang membantu mengelakkan sebarang kerosakan kepada sel kulit oleh radikal bebas – lantas mengurangkan risiko kanser kulit.
5. Tinggi Anti-Oksida
Ia mengandungi kadar anti-oksida yang boleh membantu proses pembentukan/penghasilan sel baharu. Pada masa yang sama membantu mengekalkan kulit yang sihat dan cerah. Anti-oksida melindungi hati anda dan pastikannya berfungsi dengan baik.
6. Mengekalkan Tulang Yang Kuat
Buah epal hijau dapat mengelakkan daripada berlakunya penyakit sendi (rheumatism) dengan membantu kelenjar tiroid berfungsi dengan baik.
7. Mencegah Alzheimer
Pengambilan buah epal setiap hari boleh mengurangkan masalah neurologikal pada umur emas seperti Alzheimer.
8. Mencegah Asma (Lelah)
Minum jus epal hijau dengan kerap boleh mencegah daripada mendapat asma.
9. Elak Daripada Mendapat Diabetes (Kencing Manis)
Selain kurang kandungan gula, buah epal hijau turut membantu anda elak daripada
mendapat masalah kencing manis.
10. Kaya Vitamin A, B dan C
Epal hijau sangat kaya dalam Vitamin A, B dan C – selain daripada menjaga kesihatan kulit, ia turut menjaga kesihatan dalaman kulit.


Ahad, 2 April 2017

5 kesalahan mengunakan make up yang harus anda hindari


Hasil carian imej untuk barang barang make up
Kebanyakkan wanita kurang keyakinan diri atau tidak bisa keluar rumah tanpa menggunakan solekan di wajah. Jadi, menggunakan make up merupakan hal yang sangat wajar bagi wanita. Terutama ketika mengembara. Tapi perlu anda fahami , anda juga harus berhati-hati ketika menggunakan make up sehingga boleh merosak kulit dan mengganggu penampilan. Bukannya makin cantik, kesalahan bermake up malah boleh membuat anda semakin hodoh.
Nah untuk menghindari kesalahan bermake up tersebut, berikut ada beberapa tips. Baca hingga akhir yaa!!

MENGGUNAKAN BEDAK TERLALU TEBAL

Hasil carian imej untuk gambar guna bedak terlalu tebal
Hampir setiap wanita menyimpan bedak di beg yang mereka bawak. Kelebihan bedak memang  mampu menutupi beberpa kekurangan yang terdapat pada wajah. Akan tetapi jika penggunaan bedak pada wajah terlalu tebal, dan lagi jika warnanya kurang sesuai dengan kulit wajah malah boleh terlihat seperti topeng. Selain itu, menggunakan bedak terlalu tebal juga bisa membuat pori-pori kulit tersumbat. Akhirnya boleh menyebabkan jerawat dan komedo pada wajah. Cukup oleskan bedak tipis-tipis hanya di bahagian tertentu saja. Pilihlah bedak yang sesuai dengan warna kulit wajah anda.

MENGGUNA FOUNDATION UNTUK KULIT KERING
Hasil carian imej untuk gambar guna foundation pada kulit kering
Penggunaan foundation  boleh membuat make up semakin sempurna tapi sayangnya, kebanyakkan wanita melakukan kesalahan ketika menggunakan foundation. Kulit yang kering tidak akan bisa ditutupi dengan menggunakan foundation. Kerana, penting melakukan rawatan wajah dengan scrubbing minimum 2 kali sekali dalam seminggu. Jika kulit sihat, lembap, dan halus, maka penggunaan foundation pada wajah akan semakin baik.

TERLALU TEBAL MENGGUNAKAN BLUSHER

Hasil carian imej untuk gambar blusher
Contoh kesalahan menggunakan make up selanjutnya iaitu penggunaan blusher terlalu tebal. Ini merupakan kesalahan yang sebaiknya jangan sampai anda lakukan. Penggunaan blusher  yang benar akan menutupi kekurangan wajah. Wajah boleh tampak lebih cerah  dan membuat anda terlihat lebih muda dari umur sebenarnya. Cara tetap menggunakan blusher iaitu memilih blusher yang sesuai dengan warna kulit yang dimiliki, cukup pulaskan  tipis-tipis dan gerakkan berus blusher  dari arah pipi kearah pelipis agar hasil yang didapati terbaik.

TERLALU BANYAK GUNA EYE SHADOW

Hasil carian imej untuk gambar guna bedak terlalu tebal
Memang ada beberapa warna dalam satu palet aye shadow. Namun,ini bukan bererti anda harus menggunakan semuanya. Gunakan tidak lebih 3 warna eye shadow pada mata agar penampilan tetap menarik. Untuk keperluaan sehari-hari, sebenarnya anda hanya memerlukan 1 warna eye shadow .

MEMAKAI ALIS MATA BERLEBIHAN

Hasil carian imej untuk alis mata
Kenyataanya tidak semua wanita memiliki alis yang tebal sejak lahir. Namun bukan bererti harus  berlebihan ketika memakai alis mata saat bermake up. Memakai alis mata terlalu tebal dengan warna yang gelap hanya akan membuat wajah tampak kaku. Untuk menghindari kesalahan tersebut, gunakan berus untuk memakai alis mata, jangan pensil.


Itulah 5 kesalahan menggunakan make up yang penting untuk diketahui. Jangan sampai hal tersebut terjadi pada anda dan membuat penampilan malah jadi aneh. Semoga tips ini bermanfaat untuk anda!

Sabtu, 1 April 2017

Cara menghilangkan sakit kepala dalam masa 5 minit tanpa mengambil ubat



Cara menghilangkan sakit kepala dalam masa 5 minit tanpa mengambil ubat

Apabila anda mengalami sakit kepala dan ubat yang perlukan tidak berada dalam tangan anda, situasi ini membuatkan anda sedikit kecewa. Tetapi, terdapat cara saintifik yang dapat meredakan sakit kepala yang dipanggil akutekanan (acupressure).

Kami akan berkongsi dengan anda tentang teknik ini yang dapat menghilangkan sakit kepala secara efektik dan cepat.

Akutekanan ialah satu jenis urutan, keberkesanannya disahkan oleh beberapa kajian saintifik. Akutekanan ini juga secara semula jadi, adalah satu bentuk akupuntur dan refleksoterapi, tetapi ia tidak memerlukan pengetahuan perubatan yang khusus.

Cara mengurut titik akutekanan

Pertama, anda perlu berada dalam posisi yang selesa dan dalam keadaan tenang. Urutan ini tidak mengambil masa yang lama: antara 30 saat hingga satu minit secara purata.

Urut satu titik dengan tekanan yang lembut atau dalam pergerakan membulat. Kebiasaannya, sakit kepala akan hilang ketika urutan atau 5-10 minit selepas uruta
n.

Terdapat 6 titik utama untuk menghilangkan sakit kepala

 
Titik mata ketiga, atau Yintang, berada di antara kening yang mana laluan hidung melintasi dahi. Titik ini juga bertanggungjawab untuk menghilangkan mata letih. Titik simetri ini terletak di kawasan dalam kening. Dengan mengurut bahagian ini, ia juga dapat melegakan hidung berair dan meningkatkan ketajaman mata. Urut selama 1 minit dengan menekankan atau pergerakan secara membulat.


Titik simetri ini terletak di kawasan dalam kening. Dengan mengurut bahagian ini, ia juga dapat melegakan hidung berair dan meningkatkan ketajaman mata. Urut selama 1 minit dengan menekankan atau pergerakan secara membulat.



Titik ini terletak di kedua-dua sisi lubang hidung yang selari dengan mata. Untuk mencari titik ini, rasakan lekuk di bawah tulang pipi. Ia dapat membantu membuka sinus (ruang pada tulang di muka, belakang dan atas hidung), mengurangkan sakit kepala dan sakit gigi, dan melegakan tekanan.


Titik ini terletak di belakang kepala di bahagian tengah, antara telinga dan permulaan tulang belakang. Dengan mengurut titik ini dapat membantu melegakan hidung yang tersumbat, sakit pada mata dan telinga, sakit kepala yang teruk, dan migrain.




Titik Shuai Gu terletak 2-3cm daripada permulaan garisan rambut. Rasakan lekuk kecil di titik ini. Tekanan diletakkan di bahagian ini dapat melegakan sakit di bahagian tepi kepala dan mata yang letih.


Titik simetri ini terletak di belakang tangan antara ibu jari dan jari telunjuk. Tekanan yang diberikan pada bahagian ini melegakan sakit belakang, sakit gigi, dan tekanan pada otot leher.

Selamat Mencuba J