
Buah epal hijau mengandunggi banyak nutrisi asas dan vitamin yang diperlukan oleh badan seharian.
Apabila menceritakan hal epal, ia datang dalam jenis yang banyak. Epal
merah adalah epal yang paling biasa didapati, manakala epal hijau pula
mempunyai rasa masam manis.
Buah epal hijau sudah
dikenali sebagai salah satu buah yang sihat untuk diamalkan setiap hari. Ia
mengandungi banyak protein, vitamin, mineral dan serat untuk badan.
Semua ini boleh melegakan masalah penghadaman dan sangat efektif dalam
mengurangkan kadar kolestrol dalam darah, menstabilkan gula dalam darah &
meningkatkan selera makan.
Untuk ketahui semua khasiat buah epal, sila baca artikel ini sampai
habis:
Khasiat Buah Epal Hijau Pada Kesihatan

Buah epal boleh memberikan kesan yang positif kepada sistem badan.
Antara kebaikannya adalah:
1.
Tinggi Kadar Serat
Ia mengandungi kadar serat yang banyak, yang mana membantu mencuci
sistem dan meningkatkan metabolisma badan.
Ini memudahkan pergerakan bowel. Kita sering disarankan untuk makan buah
epal dengan kulitnya (tanpa kupas). Dengan sistem usus yang baik, boleh
menjamin kesihatan berpanjangan.
2. Kandungan
Mineral
Antara bahan mineral yang terdapat di dalam buah epal hijau adalah – zat
besi, zink, manganese, potassium, dan sebagainya.
Semua ini adalah garam mineral yang membantu badan untuk berfungsi
dengan lebih baik. Zat besi di dalam buah ini boleh membantu meningkatkan kadar
peredaran oksigen di dalam darah dan membantu meningkatkan kadar metabolik
badan secara keseluruhan.
3.
Rendah Lemak
Bagi orang yang ingin mengurangkan berat badan, anda boleh masukkan epal
hijau dalam makanan diet anda.
Selain buah ini mengandungi kandungan lemak yang rendah, ia juga
berperanan untuk mengumpul lemak yang terdapat dalam saluran darah dan membantu
mengekalkan peredaran darah yang sihat – mengurangkan risiko strok (angin
ahmar).
4.
Elak Kanser Kulit
Buah epal hijau mengandungi Vitamin C yang membantu mengelakkan sebarang
kerosakan kepada sel kulit oleh radikal bebas – lantas mengurangkan risiko kanser
kulit.
5.
Tinggi Anti-Oksida
Ia mengandungi kadar anti-oksida yang boleh membantu proses
pembentukan/penghasilan sel baharu. Pada masa yang sama membantu mengekalkan
kulit yang sihat dan cerah. Anti-oksida melindungi hati anda dan pastikannya
berfungsi dengan baik.
6.
Mengekalkan Tulang Yang Kuat
Buah epal hijau dapat mengelakkan daripada berlakunya penyakit sendi
(rheumatism) dengan membantu kelenjar tiroid berfungsi dengan baik.
7.
Mencegah Alzheimer
Pengambilan buah epal setiap hari boleh mengurangkan masalah
neurologikal pada umur emas seperti Alzheimer.
8.
Mencegah Asma (Lelah)
Minum jus epal hijau dengan kerap boleh mencegah daripada mendapat asma.
9. Elak
Daripada Mendapat Diabetes (Kencing Manis)
Selain kurang kandungan gula, buah epal hijau turut membantu anda elak
daripada
mendapat masalah kencing manis.
mendapat masalah kencing manis.
10. Kaya
Vitamin A, B dan C
Epal hijau sangat kaya dalam Vitamin A, B dan C – selain daripada
menjaga kesihatan kulit, ia turut menjaga kesihatan dalaman kulit.
Salam
BalasPadam