Menjadi seorang pengurus atau majikan bukanlah satu perkara mudah sebenarnya. Apabila korang bekerja dalam bahagian pengurusan ia mungkin sukar untuk menilai apa perkara terbaik yang korang perlu buat. Korang mungkin akan mencuba untuk mempertimbangkan antara rasa hendak dihormati oleh pekerja-pekerja ataupun rasa ingin mudah didekati atau orang kata 'sporting'.
Sesetengah majikan merasakan respond atau tidak balas daripada pekerja-pekerja adalah corak daripada kepimpinan diri seorang ketua. Tetapi ada juga majikan beranggapan bila hubungan dengan pekerja bertambah rapat dan baik, mereka akan lebih disenangi dan memudahakan urusan dalam pekerjaan.
Tapi sejauh manakan sikap korang sebagai boss atau majikan perlu mengambil kisah akan perihal pekerja-pekerjanya? Kajian mendapati satu pertiga daripada para pakerja berhenti bekerja sebab ingin meluahkan rasa tidak puas hati disebabkan pengurusan syarikat yang buruk atau tak adil.
Ini 10 ciri-ciri boss yang sangat awesome yang patut ada pada boss korang:
1. Tak Memilih-Milih Atau Berat Sebelah
Kadang-kadang tak dapat dinafikan ada majikan yang bersikap memilih-milih pekerja yang disukai dan menyisihkan segelintir pekerja yang kurang disenangi. Sikap ini sangatlah tak cool dan boleh mengundangkan rasa kurang hormat pekerja terhadap majikan.
Sikap berat sebelah tidak boleh dipraktikkan di tempat kerja kerana sebagai boss korang harus bersikap adil dengan memberikan perhatian dan kerjasama kepada semua pekerja yang bertungkus-lumus membantu menaikkan nama syarikat. Korang harus membina hubungan baik dengan SEMUA pekerja dan bukan dengan segelintir sahaja.
2. Melayan Pekerja Seperti Manusia, Bukan Haiwan!
Ada juga sikap majikan yang terlalu kejam membuat pekerja sendiri seperti kuli dengan bebanan kerja di luar kemampuan mereka. Perlu diingat para pekerja juga merupakan manusia biasa yang punya perasaan dan tahu apa itu rasa penat. Korang sebagai boss tiada hak untuk mengambil waktu rehat mereka di hujung minggu kecuali dengan kerelaan meraka untuk membuat OT.
Boss yang awesome adalah mereka yang bertimbang rasa dengan bebanan kerja diberikan kepada para pekerjanya. Biarpun mungkin banyak kerja yang perlu disiapkan berilah sedikat masa dan ruang untuk mereka melakasanakan tugasan dengan baik.
3. Sanggup Belajar Perkara Baru
Sebagai majikan, korang juga ada kelemahan diri yang tak perlulah dimalukan kerana korang juga manusia biasa. Ada perkara-perkara baru di luar kebolehan kita untuk melakukannya dan tak salah jika kita merendahkan ego untuk bertanya dan belajar daripada para pekerja yang lebih mahir.
Merendahkan ego bukanlah menjatuhkan air muka korang sebagai boss tetapi memberi ruang kepada pekerja untuk mengenal diri korang dengan lebih baik. Di samping korang sendiri akan mampu memperbaiki diri menjadi seorang yang lebih baik.
4. Menjadi 'A Part Of The Team'
Sesetengah majikan merasakan diri merekalah penyumbang besar kepada kejayaan syarikat tanpa memandang pekerja-pekerja yang lebih banyak bersusah-payah membantu syarikat ke tahap yang cukup cemerlang.
Tapi sebagai majikan cuba korang bayangkan kejayaan korang tanpa pekerja-pekerja korang di bawah? Adakah korang akan mampu berjaya sehingga ke tahap yang diimpikan. So, korang seharusnya merasakan korang adalah 'a part of the team' yang bersusah payah membantu menaikkan nama syarikat.
5. Memberi 'Support' Atau Galakan Membina
Korang sebagai boss sepatutnya menjadi 'role model' dalam sesebuah syarikat. Korang harus membina kepecayaan kepada para pekerja supaya mereka boleh bekerja dengan penuh yakin dan bersemangat.
Seorang majikan yang extraordinary akan sentiasa membuatkan pekerja berasa senang dan gembira ketika bekerja dengan susana bekerja dan aura yang positif yang ada di tempat kerja. Pekerja sangat dihargai dan tidak hanya dipandang 'sebelah mata'
6. Mengurangkan Beban Dan Tekanan
Bila masa pekerja berada dalam keadaan yang tertekan atau stress dengan lambakan kerja yang perlu dilaksana , sebagai majikan korang patut tahu cara-cara membuatkan pekerja berasa relax dan bertenang.
Boss yang sememangnya awesome akan cuba sedaya upaya untuk bertimbang rasa tetapi masih tegas dalam pendirian dan keputusan yang dibuat. Cuma korang sebagai boss boleh fikirkan cara mengurangkan beban yang pekerja terpaksa tanggung.
7. Mampu Mengawal Jangkaan
Tak semua apa yang korang harapakan daripada pekerja akan 100 peratus berjaya dengan cemerlang. Akan sentiasa ada lompong-lompong kelemahan yang membuatkan target yang ingin dicapai syarikat tidak kesampaian.
Sebagai majikan yang bertanggungjawab korang tak akan mudah menyalahkan pekerja malah korang akan cuba membuat 'refleksi' terhadap diri dahulu. Korang juga akan mampu melihat kelemahan-kelemahan pada diri dan pekerja yang perlu diperbaiki.
8. Memikirkan Penyelesaian, Bukan Hanya Pada Masalah
Sebagai boss yang berkarisma korang patut mencari tahu apa jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh syarikat dan bukan hanya menunding jari kepada para pekerja atas masalah yang berlaku.
Majikan yang bijak mampu mengawal situasi dan bukan dikawal oleh emosi.
9. Mempunyai Personaliti Yang Kelakar
Jadi boss yang sangat tegas dan tak pernah bermanis muka bukanlah apa yang para pekerja harapakan. Merekapun boleh jadi takut-takut dan mula menjauhkan diri daripada majikan seperti ini.
Kalau korang nak jadi boss yang digemari cubalah sekali sekala buat jenaka dengan para pekerja sendiri. Biarpun mungkin akan hambar buat kali pertama tapi bila korang selalu mencuba para pekerja akan mula faham yang korang sedang cuba membina hubungan yang rapat dengan pekerjanya sendiri.
10. Seorang Yang Pandai Mendengar
Ini adalah alasan mengapa orang yang introvert mampu menjadi seorang boss yang baik. Mereka adalah orang yang mampu mendengar dengan baik atas apa segala yang diperkatakan oleh orang lain termasuk pekerja di bawahnya. Menjadi seorang yang pandai mendengar bukanlah bermakna menjadi seorang pak sanggup yang hanya menuruti kata-kata orang lain.
Boss atau majikan yang bijak akan mampu menilai kata-kata orang di sekelilingnya dan pandai mengambil apa yang bermanfaat dan meninggalkan apa yang tidak perlu. dan boss yang mantap dari segi leardership bukanlah mereka yang hanya mahu kata-kata mereka didengar dan dituruti tetapi masih dengan rendah diri mendengar pendapat dan kata-kata daripada orang lain.
So, ada tak sikap-sikap ni dalam majikan korang?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan