Khamis, 30 Mac 2017

Kenali Jenis-jenis Gemuk. Anda Gemuk Yang Mana Satu?


Hasil carian imej untuk gambar jenis gemok lemak


Gemuk???
Apa yang anda tahu tentang gemuk?
Kita akan dikategorikan dalam keadaan gemuk apabila berat badan kita melebihi 20 peratus daripada berat badan ideal. Sebagai contoh, sepatutnya berat badan ideal kita 60kg, tapi pada hakikatnya jarum di mesin penimbang menunjukkan 75kg. Maka, kita sudah dikategorikan dalam kategori orang yang gemuk. Sangat-sangat tak best bila dengar perkataan gemuk tu kan? Stress sangat rasanya kalau orang panggil kita dengan panggilan macam tu.
Okay….. Sekarang, jangan sedih-sedih lagi. Sebelum kita nak kuruskan badan dan buang lemak-lemak yang ada kat badan kita ni, kita kena tahu, jenis-jenis gemuk yang ada. Dan kita ni dalam kategori gemuk yang mana satu. Bila dah tahu, senang untuk kita ambil langkah seterusnya. Okay…jom kita check!
Kegemukan biasanya terjadi apabila kalori yang masuk ke dalam badan kita melebihi kalori yang kita perlukan. Jadi, kalori yang berlebihan tu akan menjadi lemak terkumpul di beberapa bahagian badan kita seperti di lengan, perut, paha, punggung dan betis. Senang cerita, bila kita makan makanan berlebihan, dan kemudian kita tak gunakan dan tukarkan kepada bentuk tenaga, itu yang tersimpan dalam bentuk lemak.
Gemuk boleh dibahagikan kepada 4 jenis. Jom kita kenali jenis-jenis gemuk ni satu persatu :
1.Jenis Gemuk Air

 
 Hasil carian imej untuk gambar jenis gemok lemak
Kategori ini disebabkan badan menyimpan kapasiti air yang tudak diperlukan oleh tubuh. Biasanya badan akan menggelambir dan lembik oleh kerana air yang berlebihan tadi. Seperti perumpamaan, bayangkan sebiji belon ada isikan dengan air, kemudian anda ramas-ramaskan… Begitulah keadaannya badan kita kalau kita kategori gemuk air. Orang yang gemuk air juga lebih cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. Dan kalau timbang berat waktu pagi dan malam, akan ada perubahan 1-2 kg kurang atau lebih. Itu maknanya terdapat lebihan gumpalan air dalam badan. Kebanyakan yang mengalami gemuk air ni, anak dara baru kahwin ataupun ibu-ibu lepas bersalin. Biasanya tak susah sangat berat nak turun.

2. Jenis Gemuk Angin

 Hasil carian imej untuk gambar jenis gemok lemak
Gemuk angin ni lebih kurang sama keadaannya macam gemuk air. Badan pun macam lembik-lembik bila dipicit. Tapi, selalu sendawa, perut kerap terasa sebu, mudah pening, loya dan lagi satu kerap kentut… Alamak, yang ni kena jaga-jaga sikit. Jangan boom kat orang belakang sudah…hehe… Kategori yang ni pun agak mudah nak turun beratnya kalau kena caranya.
3. Jenis Gemuk Lemak

 
 Imej yang berkaitan


Gemuk lemak boleh diumpamakan seperti kita masukkan bancuhan tepung dengan sedikit air ke dalam belon. Kemudian ramas-ramaskan belon tu. Begitulah keadaannya badan kita kalau kita gemuk lemak. Dan ada juga saya pernah terbaca, yang orang kategori gemuk lemak ni sering berlaku kepada mereka yang mempunyai bentuk badan jenis bentuk epal.
4. Jenis Gemuk Daging
Hasil carian imej untuk gambar jenis gemok lemak

Kategori gemuk daging biasanya badan berasa berat dan pejal. Gemuk lemak terjadi kerana disebabkan masalah kegemukan yang terlalu lama terjadi contohnya dari kecil lagi memang badan jenis tembam dan debab. Cara nak check, cuba pegang lengan tangan, lepas tu kalau rasa solid, pejal, tak menggeleber, itu boleh dikategorikan dalam gemuk daging. Kalau kategori ni, proses mengurangkan berat badan agak sukar kerana lemak sudah bergumpal dengan daging. Namun, tetap ada caranya. Dan InsyaAllah berkesan.

 Dah tahu korang jenis gemuk yang mana? Kalau dah tahu, baguslah. Lebih mudah untuk kita mengenalpasti apa tindakan seterusnya yang perlu kita ambil dalam usaha untuk mengurangkan berat dan semestinya untuk mengurangkan ukuran inci di badan. Apa pun jenis gemuk anda, berusahalah sebaik mungkin untuk mengurangkan kegemukan badan kita.Yang penting, semangat kena kuat dan jangan cepat mengalah. InsyaAllah pasti berjaya!

Rabu, 29 Mac 2017

8 RISIKO AKIBAT MAKAN BERLEBIHAN



Hasil carian imej untuk gambar makan secara berlebihan


Makanan yang kita makan adalah sumber utama energi tubuh kita. Akan tetapi, makanan juga bisa menjadi racun bagi tubuh apabila kita tidak mampu menjaga kualiti dan hidangan makanan. Berbagai macam jenis penyakit dapat menyerang dan semuanya berawal dari pola hidup yang tidak sihat. Apa saja risikonya bila kita makan terlalu berlebihan?


  1. Kegemukan
Kegemukan yang dialami oleh orang dewasa dan anak-anak umumnya terjadi kerana yang bersangkutan tidak mampu mengontrol nafsu makannya. Makanan yang mereka makan sudah lebih dari cukup dan tubuh tidak memerlukannya lagi. Akhirnya zat-zat yang terkandung di dalam makanan tidak mampu dimanfaatkan secara maksimum oleh tubuh dan malah terkumpul menjadi lemak.
  2. Kencing manis
Kencing manis terjadi ketika pankreas tidak mampu menghasilkan hormon insulin yang bertugas membawa gula dalam darah masuk ke dalam sel-sel tubuh menjadi energi. Hal ini disebabkan kerana fungsi pankreas menurun akibat kadar gula yang melonjak kerana pola makan yang tidak terkontrol.
  3. Tubuh banyak menghasilkan radikal bebas
Makanan yang kita makan secara berlebihan setiap hari belum tentu sihat dan berguna bagi tubuh, sebagai contoh makanan yang digoreng atau dibakar. Sebuah penelitian menyebutkan bahawa setiap makanan yang digoreng atau dibakar sangat tidak baik bagi kesihatan. Makanan-makanan tersebut mengandung banyak radikal bebas yang dapat menyebabkan berbagai macam penyakit seperti jantung, kanser, penuaan dini, stroke, kanser usus dan sebagainya.
  4. Dapat menghambat pertumbuhan psikologis dan kecerdasan
Pola makan yang berlebihan dapat menghambat proses perkembangan psikologis dan kecerdasan pada anak-anak yang masih dalam masa pertumbuhan. Hal ini terjadi kerana banyak zat yang terkandung dalam makanan yang dimakan sebenarnya sangat tidak baik bagi tubuh terutama bagi perkembangan otak, seperti: MSG, pewarna makanan, pengawet makanan, dan sebagainya.

  5. Kolesterol tubuh meningkat
Risiko menderita penyakit kolesterol tinggi meningkat, sehingga membolehkan seseorang terserang darah tinggi, serangan jantung, mahupun stroke di usia muda. Dalam ambang batas normal sebenarnya kolesterol sangat diperlukan oleh tubuh sebagai zat pembentuk hormon reproduksi, zat pembentuk hormon korteks adrenal yang penting bagi metabolisme dan keseimbangan garam dalam tubuh, dan sebagai pelapis membran sel dan pembungkus jaringan saraf
  6. Asam urat tinggi
Makan berlebihan apalagi yang mengandung zat purin tinggi akan meningkatkan asam urat. Asam urat tinggi sangat berbahaya bagi kesihatan kerana dapat mempengaruhi fungsi organ ginjal, dan menyebabkan jantung koroner.
7. Gangguan pencernaan
Berbagai macam masalah pencernaan seperti mual, diare, dan sembelit sering dialami oleh mereka yang memiliki pola makan berlebihan, karena makanan yang dimakan hanya mengandung karbohidrat tinggi, tetapi sedikit mengandung vitamin dan serat yang diperlukan dalam proses pencernaan.
 8. Radang lambung
Kapasiti lambung orang dewasa biasanya antara 1-1,5 liter, namun hal ini tergantung dari ras dan tinggi badan seseorang. Ketika seseorang makan secara berlebihan, lambung dipaksa menampung makanan di luar batas kemampuan, sehingga lambung dapat mengalami peradangan akibat luka-luka yang disebabkan oleh kelebihan makanan.


Khamis, 23 Mac 2017


PENDEDAHAN HIDAYAH AZMIL MUSTAPHA atau di kenali ALI SETAN


 Segalanya Berubah Apabila Dia Bertemu Pemandu Teksi Pakistan Di New York.

Alhamdulillah, hari ini kami dapat mendengar kuliah yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Azmil Bin Dato Mustapha atau dulu pernah dikenali sebagai Ali Setan. 

Beliau kini sedang belajar di Syria dan pulang seketika ke tanahair. Kami sempat menjemput beliau untuk memberi tazkirah di surau pejabat kami. Janggutnya sudah putih melepak dan panjang




Pada permulaan, beliau menceritakan bagaimana dia menjadi baik. Saya pernah membaca artikel yg sewaktu dia menjadi artis , apabila pulang ke rumah beliau suka menonton bacaan Al-Quran dan terjemahan di TV1 tiap malam sebelum siaran TV tamat. 

Rasanya bacaan itu tiada lagi sekarang. Hal ni tak pula diceritakan pd hari ini. 

Menurut beliau dia mula ingin menjadi baik apabila berkunjung ke New York untk menghadiri bengkel perfileman selama 3 bulan. 

Beliau merancang untk tinggal di rumah kawannya di New York. Beliau berjanji untk pergi ke sana pada hari Jumaat tetapi oleh kerana terlalu excited, beliau ke sana pada hari Selasa. 

Kawannya tak bersedia menerima beliau kerana sepatutnya beliau hadir pada hari Jumaat. Tanpa tempat tuju, beliau menaiki teksi dan menyatakan ingin ke New York. 


-New York besar tuan, ke mana ? tanya pemandu teksi berbangsa Pakistan. 
-Saya tak tahu.. jawab Ali Setan. 
-Kau ni Orang Islam ke? tanya pemandu teksi. 
-Ya. Islam.. jawab Ali Setan. 
-Kalau aku bawa kau ke Masjid, ok? tanya pemandu. 
-Boleh juga.. balas Ali. 
-Walaupun di Malaysia jarang-jarang ke masjid, di New York ke masjid pula, kata Ali di dalam hati. 

Oleh kerana pada masa itu sudah masuk waktu solat, Si pemandu teksi juga solat di masjid. Ali juga turut sama. Akhirnya Ali dapat menumpang tidur di masjid di New York selama beberapa malam. 

Beliau turut solat di sana. Beliau berfikir, bila pulang ke Malaysia nanti beliau ingin berubah menjadi baik. Inilah antara titik perubahan beliau. Untuk perkongsian ilmu pada hari ini. 

Beliau berkongsi tujuh perkara yg sunnah yg beliau sendiri telah amalkan. 
Ianya adalah :
  
1. Solat Tahajud
Ustaz Azmil mula solat tahajud apabila terpaksa menjaga anaknya ketika usianya 4 bulan. Ketika itu beliau bercerai dgn isterinya. Anaknya suka bangun pd pukul 3 pagi. Beliau mengambil kesempatan untk solat tahajud dan merasa nikmat solat tersebut. 

2. Membaca Al-Quran 
Sewaktu waktu dahulu beliau tak pandai membaca Al-Quran. Pada masa itu beliau tak hafal Al-Fatihah. Beliau terpaksa menulis Al-Fatihah dlm tulisan rumi jika ingin solat. Alhamdulillah beliau kini telah hafal banyak surah. 

3. Solat Berjemaah di Masjid 
Beliau cuba solat 40 waktu di masjid. Banyak dugaan yg dihadapi seperti selepas 30 waktu ada bermacam-macam perkara berlaku seperti birthday mak beliau, sepupu kahwin dsb. Akhirnya beliau berjaya solat 40 waktu dan sekarang tetap melakukannya. 

4. Solat Dhuha 
Dhuha sebagai anak kunci rezeki. Ustaz Azmil pernah menyimpan sebanyak RM3 juta sewaktu menjadi artis. Duit berkenaan habis dlm masa 2 tahun sahaja. Ketika pergi ke Syria, beliau sudah mengamalkan solat Dhuha. 
Duitnya habis selepas 3 bulan setengah, tapi rezeki beliau dan keluarga di sana tak pernah putus. Beliau telah pulang ke Malaysia sebanyak 7 kali dlm masa 3 1/2 tahun. Tidak termasuk ke tempat lain seperti London, Brussel, Dubai, etc. 

5. Bersedekah 
Adat di Syria ialah guru akan memberi makan / barang kepada anak murid. Ustaz Azmil mengajar bahasa Inggeris di sana kerana beliau fasih berbahasa Inggeris. Selepas kelas di rumah beliau, anaknya akan memasak makanan. Pada suatu hari selepas memasak, semua bahan makanan seperti beras, ayam, dsbnya habis. Alhamdulillah keesokan harinya ada orang menghantar seguni beras dan bahan-bahan masakan lain. 

6. Sentiasa Berwuduk 
Apabila berwhuduk, malaikat akan berdoa meminta keampunan ke atas orang yg berwudhuk. 

7. Sentiasa Beristighfar kepada Allah 
Selalulah meminta ampun dan bertaubat kepada Allah agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita. 

Semoga bermanfaat. 

Rabu, 22 Mac 2017

KHASIAT LABU MAMPU MENGEKALKAN KEREMAJAAN WAJAH,DAN TAMPAK AWET MUDA




Hasil carian imej untuk gambar labu



Terdapat pelbagai produk penjagaan diri dan kecantikan yang dijual pada masa kini, ianya sudah menjadi trend untuk memastikan diri sentiasa tampak anggun dan bergaya. Tetapi, untuk kelihatan cantik, pastinya akan memakan belanja yang sangat tinggi, lebih-lebih lagi dalam pembelian produk yang berjenama.

Umum juga sudah mengetahui, selain dari produk tambahan yang digunakan, faktor pemakanan juga menjadi salah satu cara untuk membantu penjagaan diri. Terdapat buah-buahan atau sayur-sayuran yang boleh digunakan, dalam memastikan kulit wajah bersih dan berseri. Antaranya adalah, timun, tomato, buah beri, mahu pun biji-bijian (kacang merah atau kacang polong).

Namun, tahukah anda, labu juga mempunyai kehebatan yang sama, kajian telah dijalankan oleh penyelidik, dan labu terbukti dalam membantu mengembalikan keremajaan wajah. Dari isi hingga ke biji, setiap darinya mempunyai kebaikan yang tersendiri. 

Vitamin A & Antioksida

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik Pemakanan Nutrisi dari Universiti Cambridge, England, Dr. Marilyn Glenville mendapati, labu mengandungi khasiat vitamin A serta kaya dengan antioksida yang tinggi bagi mengawal paras kolesterol.

Tabiat memakan labu juga didapati membantu mengekalkan keremajaan wajah serta dapat mencegah seseorang daripada mendapat kanser.



Hasil carian imej untuk gambar labu potong dadu



Biji Labu

Biji labu juga mengandungi khasiat gamma-tocopherol serta vitamin E yang baik untuk mencegah kanser, berdasarkan kajian lanjut yang telah dijalankan. 

Hasil carian imej untuk gambar labu

Menurunkan Berat Badan

Dr Marilyn Glenville juga menyatakan, manfaat pengambilan makanan berasaskan labu juga bagus untuk seseorang, yang ingin menurunkan berat badan kerana kandungan kalori dan karbohidratnya yang rendah.

Menerusi penulisan Glenville di dalam bukunya yang bertajuk, Natural Alternatives to Sugar, kandungan fiber pada labu cukup untuk membuatkan seseorang itu berasa kenyang sepanjang hari 

Hasil carian imej untuk gambar diet

Menegang Dan Menghaluskan Kulit

Selain baik untuk tubuh badan, labu juga bagus untuk kulit kerana mengandungi beta carotene dan vitamin A yang berupaya menjadikan kulit lebih tegang dan halus.

Hasil carian imej untuk gambar mengekalkan keremajaan kulit
Anda mungkin boleh menjadikan labu sebagai hidangan harian anda, pelbagaikan cara masakan menggunakan labu, dan anda mampu untuk mengekalkan awet muda, serta dapat menjaga wajah dan memiliki badan yang ideal. Jom kita makan dengan sihat.

Selasa, 21 Mac 2017

8 Sunnah Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan Diri & Hidup Sihat


Hasil carian imej untuk gambar cara rasullulah menjaga kesihatan
Pernahkah anda terdengar bahawa Rasulullah pernah ditimpa sakit yang teruk?
Sebenarnya Rasulullah banyak mencontohkan kepada kita bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat.
Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala.
Berbalik kepada tajuk asal, bagaimana cara Rasulullah menjaga kesihatan?
Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.
1.SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
Hasil carian imej untuk gambar bangun sebelum subuh
2.CARA RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.
Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
3.RASULULLAH TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
4.RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN DIRI DENGAN GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.
Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
5.RASULULLAH TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali.
Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
6. SENTIASA OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
Hasil carian imej untuk gambar seseorang yang bersikap optimis
7.TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
8. JADILAH PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.
Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.