Pernahkah anda terdengar bahawa
Rasulullah pernah ditimpa sakit yang teruk?
Sebenarnya Rasulullah banyak
mencontohkan kepada kita bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat.
Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan
memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala.
Berbalik kepada tajuk asal, bagaimana
cara Rasulullah menjaga kesihatan?
Ini adalah cara Rasulullah menjaga
kesihatan diri agar tetap sihat.
1.SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk
bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat
Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam
antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal
fikiran.
2.CARA RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA
KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.
Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda
mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak
wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat
dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
3.RASULULLAH TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami
adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak
terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang
untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga
lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi
umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
4.RASULULLAH MENJAGA
KESIHATAN DIRI DENGAN GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid,
pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.
Apabila berjalan kaki, peluh pasti
mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit
jantung.
Berbanding kita sekarang yang lebih
selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak
betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
5.RASULULLAH TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’
diulangi sampai tiga kali.
Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan
kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan
jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu
dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan
apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah
itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi
mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
6. SENTIASA OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan
emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar,
istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
7.TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan
kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya
Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan
sifat-sifat mahmudah.”
8. JADILAH PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat
dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.
Memaafkan orang lain membebaskan diri
kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu
melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan
sihat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan