Gemuk???
Apa yang anda tahu tentang gemuk?
Kita akan dikategorikan dalam keadaan gemuk apabila berat badan kita
melebihi 20 peratus daripada berat badan ideal. Sebagai contoh, sepatutnya
berat badan ideal kita 60kg, tapi pada hakikatnya jarum di mesin penimbang
menunjukkan 75kg. Maka, kita sudah dikategorikan dalam kategori orang yang
gemuk. Sangat-sangat tak best bila dengar perkataan gemuk tu kan? Stress sangat
rasanya kalau orang panggil kita dengan panggilan macam tu.
Okay….. Sekarang, jangan sedih-sedih lagi. Sebelum kita nak kuruskan
badan dan buang lemak-lemak yang ada kat badan kita ni, kita kena tahu,
jenis-jenis gemuk yang ada. Dan kita ni dalam kategori gemuk yang mana satu.
Bila dah tahu, senang untuk kita ambil langkah seterusnya. Okay…jom kita check!
Kegemukan biasanya terjadi apabila kalori yang masuk ke dalam badan kita
melebihi kalori yang kita perlukan. Jadi, kalori yang berlebihan tu akan
menjadi lemak terkumpul di beberapa bahagian badan kita seperti di lengan,
perut, paha, punggung dan betis. Senang cerita, bila kita makan makanan
berlebihan, dan kemudian kita tak gunakan dan tukarkan kepada bentuk tenaga,
itu yang tersimpan dalam bentuk lemak.
Gemuk boleh dibahagikan kepada 4 jenis. Jom kita kenali jenis-jenis
gemuk ni satu persatu :
1.Jenis Gemuk Air
Kategori ini disebabkan badan
menyimpan kapasiti air yang tudak diperlukan oleh tubuh. Biasanya badan akan
menggelambir dan lembik oleh kerana air yang berlebihan tadi. Seperti
perumpamaan, bayangkan sebiji belon ada isikan dengan air, kemudian anda
ramas-ramaskan… Begitulah keadaannya badan kita kalau kita kategori gemuk air.
Orang yang gemuk air juga lebih cepat letih dan mengah apabila melakukan
aktiviti harian. Dan kalau timbang berat waktu pagi dan malam, akan ada
perubahan 1-2 kg kurang atau lebih. Itu maknanya terdapat lebihan gumpalan air
dalam badan. Kebanyakan yang mengalami gemuk air ni, anak dara baru kahwin
ataupun ibu-ibu lepas bersalin. Biasanya tak susah sangat berat nak turun.
2. Jenis Gemuk Angin
Gemuk angin ni lebih kurang sama
keadaannya macam gemuk air. Badan pun macam lembik-lembik bila dipicit. Tapi,
selalu sendawa, perut kerap terasa sebu, mudah pening, loya dan lagi satu kerap
kentut… Alamak, yang ni kena jaga-jaga sikit. Jangan boom kat orang belakang
sudah…hehe… Kategori yang ni pun agak mudah nak turun beratnya kalau kena
caranya.
3. Jenis Gemuk Lemak

Gemuk lemak boleh diumpamakan seperti
kita masukkan bancuhan tepung dengan sedikit air ke dalam belon. Kemudian
ramas-ramaskan belon tu. Begitulah keadaannya badan kita kalau kita gemuk
lemak. Dan ada juga saya pernah terbaca, yang orang kategori gemuk lemak ni
sering berlaku kepada mereka yang mempunyai bentuk badan jenis bentuk epal.
4. Jenis Gemuk Daging
![]() |
Kategori gemuk daging biasanya badan
berasa berat dan pejal. Gemuk lemak terjadi kerana disebabkan masalah kegemukan
yang terlalu lama terjadi contohnya dari kecil lagi memang badan jenis tembam
dan debab. Cara nak check, cuba pegang lengan tangan, lepas tu kalau rasa
solid, pejal, tak menggeleber, itu boleh dikategorikan dalam gemuk daging.
Kalau kategori ni, proses mengurangkan berat badan agak sukar kerana lemak
sudah bergumpal dengan daging. Namun, tetap ada caranya. Dan InsyaAllah
berkesan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan